Tuesday, July 19, 2011

TeNtAnG hAtI





Kusampaikan salam dari hati,
Agar kau kian mengerti,
Perjalanan hidup penuh duri,
Biar di mana pun kita berdiri.

Kumengerti duhai teman,
Kasih yang telah kau curahkan,
Bukan ku mahu biarkan,
Ianya sepi tanpa jawapan.

Tapi ku mengharap kau memahami,
Tentang hati kecil ini,
Kerna kuharap cinta ILAHI,
Dalam memayngi hidup ini.

Ku tahu kasihmu sepenuh hati,
Kerna kau hamparkan segunung harapan,
Tapi cintamu lagi suci,
Andai kau dan aku ada ikatan.

Ku juga mahu kau mengetahui,
Cintaku pada ilmu tak bertepi,
Berilah peluang pada diri ini,
Untuk mencapai apa yang diimpi.

Bukanlah sekejap aku berdiri,
Di halaman rindu ini,
Kerana cinta yang belum pasti,
Ku takut meniti titian sepi.

Duhai saudaraku fillah,
Jodoh kita ditentukan ALLAH,
Redha itu amatlah bermakna,
Andai tiada jodoh di akhirnya.

Kerana janji ALLAH itu pasti,
Bagi setiap insan-insani,
Dalam mengharungi lorong ini,
Hingga ke hujung usia nanti.

No comments:

Post a Comment