Friday, December 30, 2011

Asuhan

Dari kecil mulanya di rumah. Si kecil di asuh dalam dakapan pada yang bergelar ibu dan bapa. Hitam dan putih sudah pasti ada corakkannya.

Membesar, dibesarkan dalam keadaan itu. Besar, sederhana dan kecil. Bakal mendorong. Tambah lagi, dengan kepaduan disiplin. Mematangkan si kecil.

Daripada asuhan panggilan 'ibu' dan 'ayah' hinggalah pada mana-mana yang dikatakan sebuah pengajaran. Teringat pula kisah nasihat Luqman kepada anaknya.

Itulah contoh.

Pergi

Lesu itu seakan mematikan kudratku. Mematikan bicara ku. Lidah ku sunyi.

Kepergian yang hanya bukan perlu dikongsi. Di tangisi pun jangan.

Cuma ruang diperlukan.

Thursday, December 29, 2011

Jauh

Kejauhan itu sama ada merelakan ataupun rela. Kepergian yang jauh itu. Senyap tanpa kata. Bisu seribu bahasa. Kelu lidah usah dibahas.

Mencari pengertian itu demi sedikit erti kemungkinan itu. Mungkin itu memungkin lagi.Tiada sudahnya.

Hakikat itu. Persoalan yang mungkin tiada noktah jawapannya. Tidak diketemui.

Namun, pasti ada sinar cahaya yang bakal menyinari.

Tuesday, December 27, 2011

Elok kiranya

Terlibat secara aktif dalam dunia politik itu mudah. Punyai pengaruh dan kuasa. Menjadi pegangan. Mendapatkan pengaruh dan mempengaruhi pengaruh. Sehingga membawa kepada perubahan kepada pengaruh itu. Dianggap cukup.

'Power' atau kuasa pada mana-mana kelompok atau individu. Pengukuhan kepada pengaruh. Kepercayaan untuk keadilan nampak kelihatan murni. Siapa yag lebih baik dalam perilaku mempengaruh itu menjadi kekalutan.

Masing-masing dan sama-sama menarik pengukuhan itu melalui pengaruh.

Adakah matlamat menghalalkan cara?. Bukan hanya pada penglibatan mana-mana kelompok atau individu itu dalam bidang politk sahaja.

Elok kiranya, khatam atau mendapat sijil berkaitan dengan apa yang dinamakan kepimpinan politik itu sendiri. Barang kali, kemurnian politik itu ada maknanya.

Lantas, barang kali tidak ada pula yang menyatakan politik itu kotor. Boleh kah begitu?

Perlu dikikis pernyataan sebegitu pada hakikatnya. Barang kali akan membawa kepada ketidakadilan yang hanya melihat politik itu pada sudut parti politik itu sahaja. Sehinggakan ada yang terlalu taksub dengan pegangan politik yang barang kali diminati ideologi pembawaannya. Mana tahu.

Tawanan

Tanpa dentuman kuat. Tiba-tiba datang segerombolan yang barang kali pengganas. Barang kali tidak diketahui siapa itu.

Menawan kami dalam satu kawasan. Tidak diketahui mana tempat itu. Kepastian itu, adalah mereka bertopeng.

Gayanya seperti polis tembak mati yang tiada kompromi. Sedikit ancaman boleh membuatkan pasukan itu bertindak.

Kawasan diawasi dengan ketat. Penuh dengan keselamatan. Tiada lagi siapa yang ditawan berani untuk memberontak. Silap-silap hari bulan nyawa melayang. Kepatuhan keadaan sahaja mendominasikan pasukan itu.

Bersenapang setiap seorang. Ancaman demi ancaman pada setiap kami yang di tawan.

Siapa disebalik dalang itu? Dengus aku.

Makanan diberikan kepada kami. Tidak membiarkan kami kelaparan.

Mereka yang terlibat untuk memberikan makanan kepada kami. Tidak bertopeng. Boleh juga aku kenali dalam kalangan mereka itu yang selalu hantar makanan untuk aku.

Perkenalan pada mulanya itu. Memberi aku peluang untuk lebih rapat.

Dalam mereka itu, ada juga yang masih punyai peri kemanusiaan untuk manusia itu.

Keadaan yang terikat, memaksa pemberi makanan itu berkomplot dengan mereka.

Keganansan dan penindasan itu tetap ada, walaupun dalam keadaan untuk menjaga aku dan yang lain. Kami ditawan. Untuk apa?

Tepat sebagai tawanan untuk ditukarkan.

Keperimanusiaan itu murni. Tapi telah dibatasi oleh mereka yang menindas itu.

Pemberi makanan itu tidak berdaya pada hakikatnya.





Best regards,

Kosong

Perjalanan yang tidak mengambil masa yang lama. Telah sekian lama, aku cuba untuk mencari masa yang sesuai. Mendapatkan sijil aku. Agak lama juga.

Dek kerana kekhilafan aku sendiri.

Sepanjang perjalanan aku lebih tertumpu kepada jalan-jalan yang mungkin untuk menuju ke MPM.

Bagai burung yang terlepas dari sangkar. Pabila telah mendapatkan sijil.

Kosong juga fikrah ku. Lebiha banyak mendiankan diri. Melihat begitu banyak deretan gerai menjual durian. Teringat pengat durian di Kg halaman ku.

Mana mungkin aku pulang ke Kg. Dengan tarikh peperiksaan yang semakin hampir.



Monday, December 26, 2011

Secawan Kopi

Cawan 'tercop' smile membuatkan aku tersenyum. Teringat aku pada maskot digi bersamamu. Sentiasa senyum.

Secawan kopi diisi. Secawan teh diisi. Secwan milo diisi. Dalam cawan yang sama. Bezanya, pada ketika yang berlainan.

Cawan itu. Tetap cawan yang smile.

Bolehkah aku sama seperti secawan kopi, teh dan milo yang diisi itu.



Saturday, December 24, 2011

Subahanallah-24hb.12.2011




Cameron Highland destinasi ku dengan teman. Perjalanan yang bermula dalam jam 10.30pagi. Penuhi tangki minyak kereta dahulu. Cuaca agak mendung dalam perjalanan waktu itu.

Sepanjang perjalanan ku melapangkan hati dan fikiran ku hingga kosong. Dendangan lagu demi lagu di corong radio kereta sentiasa berkumandang.

Terlelap juga aku sejenak dalam perjalanan yang panjang itu. Tambahan lagi, hari minggu yang begitu diisi oleh kita untuk pergi bercuti. Jalan agak sesak. Menambahkan masa perjalanan aku dan teman-teman.

Menuju ke kaki bukit Cameron Highland. Cuaca sudah terasa sejuk dan aman. Aku tenang dengan keadaan ini. Sesekali angin kuat memasuki jendela kereta menampar muka ku. Nyaman aku rasakan udara yang begitu semula jadi. Jauh daripada pencemaran yang akibat daripada kita itu sendiri mlemahkan aku. Teringat aku pada kelas pembangunan lestari yang baru sahaja habis.

Hujan mulai turun dalam waktu itu. Jendela kereta tetap dibuka. Aku tetap masih menikmati saat ini menghirup udara nyaman dari hutan yang begitu tebal. Tebing yang curam. Jalan yang begitu banyak selekoh. Menyegarkan aku untuk tidak terus terlelap.

Sesudah ke atas sana. Begitu banyak mereka yang berkunjung ke sini. Membawa keluarga menikmati percutian.

Kami berhenti sekejap di suatu ladang strawberry yang tidak jauh dari puncak. Dek kerana asap yang baunya hangit dari bonet depan kereta kami. Terpaksa kami mematikan enjin kereta. Memeriksa bahagian enjin dan 'temperature' kereta tidak lah tinggi.

Berehat sekejap kami di sini. Tempat ladang strawberry yang boleh petik sendiri. Kelihatan buah yang jarang-jarang di balik pokok itu. Buahnya yang masih kelihatan putih. Tidak begitu ranum kemerahan. Orang pun tidak ramai berhenti di sini.

Perjalanan diteruskan untuk ke puncak. Cuba mencari masjid dan tempat untuk kami berehat dan makan bekalan yang siap kami bawa dari rumah.

Pusing-pusing, kami letak kereta di hadapan sebuah kedai makan yang belum lagi buka. Barang kali cuti hari itu.

Tiba-tiba sebelum mengorak langkah ke kedai makan. Aku ditegur oleh seorang 'abang' dekat situ. Tanya dia pada aku. Kereta yang kami naik bau hangit ke tidak. Bilang aku. Enjin ok. Cuma asap itu barang kali datang pada tayar depan kereta yang mungkin brek depan.

Abang itu, bilangnya dari Tanjung Malin juga. Berniaga di sini sementara.

Katanya, kami boleh teruskan perjalanan. Cuma untuk naik bukit lagi itu mungkin kami kena hati-hati. Perjalanan balik untuk patah balik pada jalan yang sama tidak boleh lagi. Rengus aku.

Kami hanya berjalan-jalan di situ sahaja. Kebetulan ada pasar malam waktu itu.

Lain kali ini berjalan di pasar malam ini. Barang-barang yang lebih kurang sama di mana-mana kedai kat Cameron Highland. Lainnya, berlatar belakang dengan bukit, hotel-hotel dan motel saja tempat ini. Hujan dan berhenti. Matahari mula menampakkan wajahnya.

Perjalanan diteruskan kira-kira dalam jam 4.30. Ikut jalan ferus menuju ke Tapah. Harapan untuk naik patah balik ke atas melawat ladang strawberry dan kebun bunga tidak kesampaian. Hasrat untuk ke ladang teh ada lagi. Ladang teh yang tidak jauh daripada sini.

Sampai juga kami di ladang teh. Dari sana , dalam kira-kira 20 minit.

Kelihatan tempat 'port' orang boleh duduk minum teh panas-panas lagi. Ramai juga orang di sini. Kelihatan datang daripada pantai timur. Aku kedengaran longhat mereka bercakap.

Meriah di sini. Port minum teh betul-betul dibuat kat tepi bukit. Menggelikan hati aku juga. Tandas pun tepi ladang teh. Tingkap putih yang boleh nampak ladang teh kat bawahnya.

Aku dan teman-teman turun ke ladang teh tepi poat minum sebentar. Bikin ambil gambar buat kenangan-kenanan sama teman-teman.


Mata tak lekang melihat pemandangan yang begitu menghijau. Teringat aku pada seorang pensyarah dan guru aku dulu-dulunya. Senaman yang paling baik untuk mata adalah melihat obejek jauh yang paling hijau setiap kali bangun pagi.

Subahanallah. Itulah ungkapan aku pada Mu yang telah memberi nikmat ini. Lihat pada ladang teh yang begitu cantik dan indah. Wajah bumi yang selama ini dihiasi dengan bukit-bukau menghijau aku nikmati. Bentuk rupa bumi ciptaan Dia aku nikmati.

Kelihatan ada beberapa rumah di bawah bukit itu. Barang kali milik pekerja-pekerja ladang teh dekat situ. Angan-angan juga aku untuk tinggal sini. Jauh dari kekusutan hidup yang tidak pernah ada penghujung. Menikmati hidup dengan alam semesta ini begitu membuatkan diri ini terasa hina kepada pemilik nyawa Ku.

Itulah yang perlu aku sedari. Untuk aku. Hanya pada pemilik nyawa ku.







Tanah perkuburan

Tiket Rm1 yang bertarikh 23hb, malam untuk tengok teater yang bertajuk "Mayat". Duduk dekat tangga sahaja. Itu dah kira baguslah. Budak2 minor teater yang buat persembahan.

Asal tiket jam8.30. Tetapi, sebab menunggu terhormat atau lebih dikenali VIP, jam 9 juga start teater tu. Ramai juga yang membanjiri panggung budaya ini. Buat kedua kali aku menjejak kaki ke panggung budaya ini, kali pertama itu pun sebab buat persembahan akhir ko-ku muzik tradisional.

Terdetik juga, kalau ramai sebegini ke rumah Allah alangkah indahnya itu.

Kali ini, pertama kali untuk nengok teater. Sebelum tidak pernah lagi.

Terpegun juga dengan segala macam persiapan yang telah dibuat atas pentas itu. Sempat juga mereka memainkan alat-alat muzik yang digunakan pada malam itu sebelum ketibaan tetamu tehormat datang.

Aku lebih memberikan tumpuan dalam pementasan teater itu. kerana ingin memberi tumpuan. Sesekali bergelak ketawa. Dek kerana watak yang dibawa itu begitu menyerlah dengan watak humornya.

Penuh dengan pesanan untuk setiap daripada kita sedar akan hakikat mati itu. Mati adalah mesti. Kepadatan penduduk. Pembangunan yang begitu pesat. Adalah seiring dengan keperluan alam ini. mungkin lebih teruk lagi bakal berlaku.






Thursday, December 22, 2011

Lagu itu

Sempat juga kedengaran lagu 'perpisahan terasing'

dalam bas perjalanan nak pergi kelas,

kenapa terasing?

sebab terjadi kerna tidak diingini

pedih mungkin dirasai