Friday, December 31, 2010

Salam perpisahan 2010 dan selamat bertandang 2011

 Dentuman mercun sempat ak dengar tadi juga
tapi, itu pun sekejaplah...hehe
ntah siapalah yg sudi hulurkan 'kemeriahan' itu
dengan dentuman sedemikian...
syok je ase tengok...hehe

pejam celik..pejam celik...
dah masuk tahun baru..ak rasa baru saja di tahun 2010 ni..
dah masuk 2011..

salam perpisahan buat 2010..
yg memberikan 1001 rasa macam..
pahit, manis, kelat semua dirasai...
tanpa lelah..
kadang-kadang tersungkur, termangu..
namun, tetap bangkit menerusakan perjalanan hidup
yang masih jauh lagi..

kepayahan...
memberi pengajaran
melebarkan pedoman..
tanpa ak sendiri sedari...

berjalan di alam dunia...
ibarat meniti di titian..
waspadalah,
berhati-hatilah,
beringat-beringatlah,
berpesan-pesanlah,
dalam setiap langkah yang dicorakkan...

berjalanlah dengan maju dan yakin
tanpa menoleh ke belakang..
sesekali...
tolehan itu,
mengaut pengertian memberi pengajaran...

adanya kenangan akan tetap menjadi memori...
suka dan duka..
pasti ditemui..
membina peribadi dan budi perketi
menginsafkan diri..kecil hamba ini..

pengujian Ilahi yang datang pasti dirasai..
untuk kita...adakah mampu menerima
ataupun menepis...
namun,
itu hakikat yang pasti ak tempuhi
 dengan rela hati...

Selamat tinggal 2010 dan selamat bertandang 2011 
ke dalam kamus hidupku...
2010 akan ku beku...
2011
menjadi pengisian ku....





Sunday, December 26, 2010

Kenapa ni...


Kebosanan melanda aku..huhu..
nak tidur bosan..
nak makan bosan..
kebosanan tiada teman..
semuanya lah aku rasakan bosan..
xley buat benda yang rutin kot.
hari-hari masa berlalu...
sem baru dah nak bermula...
bagi aku, permulaan hidup yg bari adalah suatu 
kemajuan kepada aku...
adui...
tajuk untuk tesis aku belum lagi aku dapat..
fikir-fikir punya fikir...
satu pun tak melekat...
di otak...
kesuaian tajuk aku itu nanti perlu bersesuaian..
pula dengan penyelaras yg mahir dalam bidangnya...
sanins poltitik plak tuh...huhu...(agak krg minat la..)..hehe
tapi,
aku 'try' ar juga fikirkan tajuk yg berkaitan dgn bidang itu...huhu
ingatkan nak lah pilih bidang sosiologi...hehe
dalam ksstraan melayu ni...dh mang lama aku minat...
tapi nak wt cm ne...aku dpt la..pgjian malaysia kat sini...





Friday, December 24, 2010

Yang sering terjadi...






P'temuan dan perpisahan adalah menjadi lumrah kehidupan kepada yg bergelar insan
tanpa pertemuan, tidak akan terjadi perpisahan
setiap perpisahan membuka peluang kpd pertemua yg lain

Pertemuan selalunya mewujudkan perkenalan yg abadi
namun,
perpisahan tidak s'mestinya memustuskan silataruhim
setiap pertemuan yang berlaku pasti meninggalkan kenangan
dan setiap perpisahan yg terjadi tidak akan pernah
memadamkan memori yang lalu...

Kadang-kadang pertemuan yg hanya cuma seketika
lebih memberi makna
berbanding dengan pertemuan yg tiada kesudahannya
Tatla itu, pertemuan membibitkan rasa kasih dan prihatin
biarla hanya sekelumit cuma

Namun, pada hakikatnya
perpisahan yang terjadi dalam titik pertemuan itu
pasti mampu melahirkan segunung rasa kerinduan
yang berpanjangan.....





Biarla jua


Aku rindu...aku rindu...aku rindu..

pada klrga nun jauh di mata aku..

tapi akan sentiasa tetap melekat di sanubariku...

huhu...itu lah ek..rasanya kalau dah lama tidak ketemu keluarga aku di kampung...

apa boleh dibuat, tanggungjawab yg perlu diamanahkan..aku perlu laksanakan..

amanah juga aku sbg anak kepada org tua aku..

amanah juga aku sbg hamba Allah ini...

amanah aku sebagai yang bergelar pelajar...

amanah aku hidup dalam kemasyarakatan..

hehe...

banyak benda kan kalau nak disebutkan dengan amanah..

bergantung kepada diri sendiri untuk memikulnya...

kita yg mencorakkannya...dengan pertolongan dpd Dia...

emmm...ase nak berceloteh plak hari ini...

aku ase hati ni 'beku'...untuk menilai yg mana kaca dan yg mana permata...

kdg-kdg bisikan yg datang lebih kuat daripada apa yg dikatakan dalam hati...

sukar untuk diluakan kalau ia melibatkan hati dan perasaan kan...

em...kasih dpd Ilahi memang abadi kasih manusia tiada abadi...kan...

cuma kita jarang untuk menikmati ia dengan kenikmatan sebenarnya...

kerna, Dia bakal memberikan sesuatu yg kita sendiri tidak mengetahui..




Thursday, December 23, 2010

Bila hati kata sayang



Sayang ini sering hadir mengamit diri...

penganugerahan Ilahi akan tetap terjadi...

kasih dan sayang

bukan hanya sahaja ungkapan di bibir..

tapi hadir hati yang tulus murni..

kasih dan sayang 

ini..akan tetap bersemi

andainya diizinkan Ilahi..

kasih dan sayang 

ini...pasti menelan pahit dan manis...tapi tetap akan terpateri 

di hati...

kasih dan sayang ini..

hadir...diizinkan atas dasar kekuasaan Ilahi..

kadang-kala sukar untuk mengerti..




Monday, December 20, 2010

Miz u all...





Perhimpunan Kor SISPA dh lame berlalu...miz lah lak...kat korng sume..
syira, far, alia, lini, niza n naz...
dpd training kat kolej ak knal kowng sume...
kowng mang best la.....
ikatan yg dipeljari dlm mylmt boleh terurai...
namun, ikatan dlm ukhwah..
ini akan tetap kekal abadi..huhu..

Dlm pd itu jga...ak mnrima sedikit cebisan kekecewaan..
yg aku xjangka...tapi apela..itu adalah lumrah..
perjalanan s'org musafir dunia...
untuk menuju ke alam hakiki...Dia memberi kepayahan dan kesusahan
adalah setimpal dengan keupayaan hambanya...
aku patutnya menerima dengan ikhlas dan redha..
nak kata sedih...sedih la juga...tapi aku xboleh lagi m'gbah apa2..
biarlah ak menongkah arus maju ke depan...
kerana mungkin ada yg lebih terbaik lagi bakal untuk..
setelah Dia mengaturnya dengan begitu teliti....

 



Sunday, December 19, 2010

Mana letaknya pengukuran keikhlasan



Setelah sekian lama menyepi, aku muncul kembali di laman blog ini yg dh lama tak update...byak kekangan kadang2 membuatkan aku tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bsme-sme blog ku..huhu..byak 'part' dlm hidup yg sering terjadi dlm hidup kita lantas mematangkan kita, termasuklah aku yg sering sahaja terkandas dalam arus yg semakin melalaikan ini..apa nak kata..aku hanyalah juga sebgai manusia yg biasa...ada ruang dan waktu ketikanya aku tersadai..menjangkau kehidupan..ada ruang juga aku bagaikan burung yg bebas terbang...melebarkan sayap di udara...mengecapi hidup dunia yang hakikatnya tiada abadi sebenarnya....

Hakikatnya bergantung kepada diri sendiri untuk mencorakkan hitam atau putih dalam sesuatu perkara itu...ingin juga aku berkongsi...berkenaan dengan bab2 ikhlas ni...korng prnah jgak kan dgr...'ikhlas tak ni bg'?huhu...ada2 saje kan...dalm hal duniawi manusia ni kan....bg aku lah...ikhlas ni hadir apabila kita tidak mengungkit kembali setelah apa-apa yang kita berikan pada orang lain  dan melupakan dengan apa yg telah kita berikan kepada orang lain..'ikhlas' bukanlah semudah kita mengeja dan mengatakannya...bg aku, ikhlas adalah kunci untuk menjadikan segala amal dan perbuatan kita berjalan dengan lancar...  

Ingin aku bawakan juga sebuah kiasah ni.....

Suatu hari seorang raja ingin mengthui keadn rkyat yg berada di dalam tanah jajahannya. Ketika menjejakkan kaki ke pasar, sang raja melihat suatu pemandangan yg sgt menyayat hati. Di suatu suatu sudut pasar yg kumuh dan kotor, duduk seorang pengemis yang berpakaian lusuh sambil menadah tangannya meminta sedekah. Raja yang masih yg masih m'pyai rasa prihatin kepda rakyatnya ini dtg m'hmpiri pengemis tersebut. Tercetus p'tyaan dr mulut raja "Wahai bapa, sudah berapa lama engkau hdp sprti ini?Apa yg dapat aku berikan utk meringankan bebanmu wahai bapa?". "Sudah sekian lama aku duduk di sini. Betulkah tuanku dpt memberikan apa yg aku minta?"

"Wahai bapa, beta sgja dtg ke sini untk membantu rakyat jelata yg sgt memerlukan spt bapa. Lalu, apa yg beta dpt berikan agar bapa tdk lg sprti ini?"

Si pengemis tua m'balas dgn "Jazqkallah khairan kathira (semoga Allah membalas kebaikanmu dgn banyak). Tetapi aku ingin bertanya lagi, benarkah tuanku mampu memenuhi apa saja yg aku inginkan?" Raja menjadi hilang sabar. Wajahnya memerah dan ketulusan di hatinya mulai terusik. Suaranya mula meninggi. "Wahai bapa tua, aku adalah raja di sini. AKu mempunyai apa yg tdk dimiliki oleh orng lain. Kalau hanya sekadar memenuhi guni sedekahmu itu, sambil memejamkan mata pun aku boleh melakukannya. "Baiklah, lakukanlah apa yg tuanku maksudkan itu....." jawab si pengemis dengan rasa rendah hati.

Pengiring raja mula memenuhkan guni si pengemis tua itu dgn kepingan-kepingan wang. Namun sesuatu yg aneh berlaku. Sudah dua guni kepingan emas dituangkan ke dalam guni si pengemis, namun masih jua tidak penuh. Seolah-olah kepingan-kepingan wang tadi langsung hilang. Semua yg hadir hairan melihat kejadian tersebut. Sang raja tidak mahu kehilangan air muka akhirnya memerintahkan bendahara utk mengambil semua perhiasan yg dibawa dan diberikan kepada si pengemis tadi. Namun, raja menjadi semakin hairan kerana wang, emas, intan dan berlian masih belum dapat memenuhi gunu si pengemis.

Si pengemis hanya menatap wajah raja dgn tenang dan tersenyum. Akhirnya sang raja memerintahkan pengawal-pengawalnya untk bhnti memasukkan harta ke dalam guni si pengemis. Raja akhirnya duduk bersimpuh di hadapan si pengemis sambil bertanya. "Ada apa ini? Mengapa semua harta yg dimasukkan ke dalam guni kamu hilang dan guni kamu tetap kosong. Kenapa?"

"Benar Tuanku, guni ini kosong sprti tdk m'pyai alas di bawahnya. Setiap kali Tuanku memasukkan barang ke dalamnya terus hilang. Itulah ibaratnya orang yg melakukan dan memberikan sesuatu dengan kesombongan, dengan terpaksa, sambil merungut-rungut atau dengan 1001 lagi niat tanpa rasa ikhlas. Semuanya menjadikannya tidak bermanfaat sedikit pun. Sebanyak mana pun ia, ia hilang bagaikan debu yang ditiup angin."

"Maka, bagaimana untuk aku dapat memenuhi guni ini?"

Yg dapat memenuhi guni itu yakni menjadikan amal tdk sia-sia hanyalah dgn sebuah keihklasan, Tuanku..." 

Apa yg dikatakan pengemis tadi lebih berharga daripada emas yg berlimpah ruah milik sang raja.

Seseorang sahabat berkata kpda Rasullah, "Ya Rasullah, seseorang melakukan amal (kebaikan) dgn dirahsiakan dan apabila d'ketahui org dia juga menyukainya (berasa senang). " Rasullah s.a.w berkata, " Baginya dua pahala iaitu pahala dirahsiakannya dan pahala terang-terangan." (Riwayat al-Tirmizi) (Solusi, 2010)