Sunday, December 19, 2010

Mana letaknya pengukuran keikhlasan



Setelah sekian lama menyepi, aku muncul kembali di laman blog ini yg dh lama tak update...byak kekangan kadang2 membuatkan aku tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bsme-sme blog ku..huhu..byak 'part' dlm hidup yg sering terjadi dlm hidup kita lantas mematangkan kita, termasuklah aku yg sering sahaja terkandas dalam arus yg semakin melalaikan ini..apa nak kata..aku hanyalah juga sebgai manusia yg biasa...ada ruang dan waktu ketikanya aku tersadai..menjangkau kehidupan..ada ruang juga aku bagaikan burung yg bebas terbang...melebarkan sayap di udara...mengecapi hidup dunia yang hakikatnya tiada abadi sebenarnya....

Hakikatnya bergantung kepada diri sendiri untuk mencorakkan hitam atau putih dalam sesuatu perkara itu...ingin juga aku berkongsi...berkenaan dengan bab2 ikhlas ni...korng prnah jgak kan dgr...'ikhlas tak ni bg'?huhu...ada2 saje kan...dalm hal duniawi manusia ni kan....bg aku lah...ikhlas ni hadir apabila kita tidak mengungkit kembali setelah apa-apa yang kita berikan pada orang lain  dan melupakan dengan apa yg telah kita berikan kepada orang lain..'ikhlas' bukanlah semudah kita mengeja dan mengatakannya...bg aku, ikhlas adalah kunci untuk menjadikan segala amal dan perbuatan kita berjalan dengan lancar...  

Ingin aku bawakan juga sebuah kiasah ni.....

Suatu hari seorang raja ingin mengthui keadn rkyat yg berada di dalam tanah jajahannya. Ketika menjejakkan kaki ke pasar, sang raja melihat suatu pemandangan yg sgt menyayat hati. Di suatu suatu sudut pasar yg kumuh dan kotor, duduk seorang pengemis yang berpakaian lusuh sambil menadah tangannya meminta sedekah. Raja yang masih yg masih m'pyai rasa prihatin kepda rakyatnya ini dtg m'hmpiri pengemis tersebut. Tercetus p'tyaan dr mulut raja "Wahai bapa, sudah berapa lama engkau hdp sprti ini?Apa yg dapat aku berikan utk meringankan bebanmu wahai bapa?". "Sudah sekian lama aku duduk di sini. Betulkah tuanku dpt memberikan apa yg aku minta?"

"Wahai bapa, beta sgja dtg ke sini untk membantu rakyat jelata yg sgt memerlukan spt bapa. Lalu, apa yg beta dpt berikan agar bapa tdk lg sprti ini?"

Si pengemis tua m'balas dgn "Jazqkallah khairan kathira (semoga Allah membalas kebaikanmu dgn banyak). Tetapi aku ingin bertanya lagi, benarkah tuanku mampu memenuhi apa saja yg aku inginkan?" Raja menjadi hilang sabar. Wajahnya memerah dan ketulusan di hatinya mulai terusik. Suaranya mula meninggi. "Wahai bapa tua, aku adalah raja di sini. AKu mempunyai apa yg tdk dimiliki oleh orng lain. Kalau hanya sekadar memenuhi guni sedekahmu itu, sambil memejamkan mata pun aku boleh melakukannya. "Baiklah, lakukanlah apa yg tuanku maksudkan itu....." jawab si pengemis dengan rasa rendah hati.

Pengiring raja mula memenuhkan guni si pengemis tua itu dgn kepingan-kepingan wang. Namun sesuatu yg aneh berlaku. Sudah dua guni kepingan emas dituangkan ke dalam guni si pengemis, namun masih jua tidak penuh. Seolah-olah kepingan-kepingan wang tadi langsung hilang. Semua yg hadir hairan melihat kejadian tersebut. Sang raja tidak mahu kehilangan air muka akhirnya memerintahkan bendahara utk mengambil semua perhiasan yg dibawa dan diberikan kepada si pengemis tadi. Namun, raja menjadi semakin hairan kerana wang, emas, intan dan berlian masih belum dapat memenuhi gunu si pengemis.

Si pengemis hanya menatap wajah raja dgn tenang dan tersenyum. Akhirnya sang raja memerintahkan pengawal-pengawalnya untk bhnti memasukkan harta ke dalam guni si pengemis. Raja akhirnya duduk bersimpuh di hadapan si pengemis sambil bertanya. "Ada apa ini? Mengapa semua harta yg dimasukkan ke dalam guni kamu hilang dan guni kamu tetap kosong. Kenapa?"

"Benar Tuanku, guni ini kosong sprti tdk m'pyai alas di bawahnya. Setiap kali Tuanku memasukkan barang ke dalamnya terus hilang. Itulah ibaratnya orang yg melakukan dan memberikan sesuatu dengan kesombongan, dengan terpaksa, sambil merungut-rungut atau dengan 1001 lagi niat tanpa rasa ikhlas. Semuanya menjadikannya tidak bermanfaat sedikit pun. Sebanyak mana pun ia, ia hilang bagaikan debu yang ditiup angin."

"Maka, bagaimana untuk aku dapat memenuhi guni ini?"

Yg dapat memenuhi guni itu yakni menjadikan amal tdk sia-sia hanyalah dgn sebuah keihklasan, Tuanku..." 

Apa yg dikatakan pengemis tadi lebih berharga daripada emas yg berlimpah ruah milik sang raja.

Seseorang sahabat berkata kpda Rasullah, "Ya Rasullah, seseorang melakukan amal (kebaikan) dgn dirahsiakan dan apabila d'ketahui org dia juga menyukainya (berasa senang). " Rasullah s.a.w berkata, " Baginya dua pahala iaitu pahala dirahsiakannya dan pahala terang-terangan." (Riwayat al-Tirmizi) (Solusi, 2010)




No comments:

Post a Comment